Tuesday, October 8, 2013

MyKebun - Mahkota Dewa

Pokok Mahkota Dewa

Updates terkini pokok mahkota dewa di MyKebun. Kelihatan kian menjadi denan buahnya yang lebat dan segar. Ini kali keempat pokok ini berbuah. Hang Kebun pun jarang-jarang petik buah ni. Takkan nak makan hari-hari, lagipun rasanya agak pahit. Maklumlah pokok ubat-ubatan, mana ada yang sedap.

Disini Hang Kebun postkan beberapa keping gambar terkini buah mahkota dewa; 




Biasanya pokok mahkota dewa berbuah secara bermusim. Buah2nya akan kelihatan sama besar dari segi saiznya dan semua pokok akan mengeluarkan hasil pada waktu yang sama.
 



Ada di antara pokok yang buahnya telahpun masak. Kalau sebijik buah masak, semua buah yang ada kat pokok tu akan turut serta bertukar warna. Ajaib sungguh.








Disebabkan terlampau banyak sangat buah dan semuanya masak serentak, Hang Kebun pun out of control. Walaupun jiran tetangga turut serta kutip buah ni untuk buat ubat, ia tidak membantu mengurangkan volume yang ada. Akhirnya buah yang ranum gugur bertaburan atas tanah.







Hanya sebahagian buah yg masih elok sempat Hang Kebun pungut. Yang lain tu sesuai untuk jemur buah benih jer.
 


Note : Adakalanya pembaziran itu tetap akan berlaku jua.

 

Monday, July 29, 2013

Pokok Pandan MyKebun

Salam dan Selamat Berpuasa.
Untuk entri bulan puasa ni, Hang Kebun takde apa-apa sangat updates. Agak lemau dibulan yang bercuaca panas ni. Takkan nak mencangkul di siang hari pulak.

Jadi masa lapang yang ada Hang Kebun gunakan untuk membersihkan kawasan kebun. Target utama rimbunan pokok pandan yang kian menyemak kat tepi pagar.


Lihatlah betapa semaknya timbunan pokok pandan ni. Nak masuk amik daun pun gerun. Dah macam sarang ular jer sekali tengok. Tuduhan Hang Kebun ada asasnya sebab dah dua ekor ular telah dibunuh kat MyKebun. Memang patut dibersihkan hutan pandan ni.


Pandangan dari luar pagar pun agak menyakitkan mata. Tengok pun menyampah sebab terlalu padat sangat. Jiran-jiran pun dah komplen. Dah la umah tepi jalan, kan orang tengok macam umah tak bertuan pulak.


Jadi tindakan drastik pun diambil serta merta. Tanpa segan silu, dengan rakusnya Hang Kebun tebas rimbunan pokok2 pandan ni. 



Alang-alang tebang biar putus kasi bersepai. Nak jual pun tak berbaloi sebab harga daun pandan ni bukan mahal sangat pun. Senang citer longgokkan kat satu tempat, biar kering then bakar..Kita bakor..kita bakor !!




Gambar sebelum dan selepas.

 Sebelum

Selepas

 Before

After


 1 jam sebelum amukan Hang Kebun

 1 jam selepas amukan Hang Kebun


So sekarang kawasan yang semak tadi dah nampak clear dan bersih. Sejuk mata memandang, lega sikit. Hang Kebun tinggalkan sikit anak2 pokok pandan ni, kan nanti kalau tebas semua susah pulak nak buat ramuan untuk masak bila diperlukan nanti. 


NOTA : Bulan puasa melatih diri untuk bersabar dan menjalani kehidupan seperti biasa. Tak baik tidur sepanjang hari. Lakukanlah aktiviti yang berfaedah : )


Thursday, May 30, 2013

MyKebun Animal Planet - Ular Katak

Minggu lepas Hang Kebun jumpa ular daun, ini kali muncul pulak ular lain kat MyKebun. Warna kelabu berbelang putih. Setahu Hang Kebun ular ni makan katak, jadi tanpa usul periksa Hang Kebun panggil jer binatang ni ular katak. 

Ular ini ditemui sedang berlingkar pada pokok puding. Warnanya hampir sama dengan kaler daun pokok puding tu. Boleh terkezut ala beruk mat yeh jika tetiba tersempak dan muncul depan mata.
 

Ular katak ni biasanya takut dengan manusia dan akan cuba melarikan diri jika rasa terancam. Sama dengan yang Hang Kebun jumpa ni, ular katak ni terus bergerak menuju ke pokok lain dengan niat untuk menyembunyikan diri.


Hang Kebun mengikut gerak geri ular ni nak tengok mana dia nak pegi. Hampir sedepa gak panjang dia. Saiz badannya pun agak gemuk. Tengok pun macam nak meremang bulu roma.


Ular katak ni hanya mendiamkan diri kat pokok hiasan tu. Agak merbahayakan sebab pokok berada dihalaman rumah dan bokeh mengancam Hang Kebun. Bila Hang Kebun halau dia melawan, garang gak rupanya. Senang citer, Hang Kebun terus membuat pukulan padu maut dengan menggunakan batang rotan yang dah memang disediakan.


Dengan hanya 3 pukulan, ular tu terus jatuh dan menggelupur. then ditambah pulak lagi dengan beberapa hentaman susulan. maka ular tu mati. Ni gambar bangkai ular tu.



NOTA : Aksi-aksi ganas pukul memukul tidak dapat ditayangkan atas sebab keselamatan.


Saturday, May 18, 2013

MyKebun Animal Planet - Ular Daun

Post kali ini Hang Kebun ingin paparkan satu insiden yang best, mendebarkan dan menyayat hati. Permulaan atau mukaddimah cerita yang penuh keceriaan tapi diakhiri dengan pertumpahan darah lantas berlakunya pembunuhan kejam lagi tragis.

Plot dramatik ini digarap dengan penuh suspen di mana berkisarkan kisah benar seorang pekebun yang bernama Hang Kebun yang selalu berkebun di kebunnya : )

Di mulai dengan pada suatu pagi yang hening (tak hening sangat la sebab dah pukul 10 am), Hang Kebun ingin memetik beberapa helai daun pandan. Tanpa disedari terdapat sesuatu benda aneh berwarna hijau menyerupai warna daun pokok sedang bergerak perlahan dicelah-celah daun pandan tu.


Bila di amati betul-betul, ternyata ianya seekor ular. Hanya ekornya yang dapat dilihat, kepalanya tersorok didalam rimbunan pokok pandan tu. Hang Kebun pun tunggu dan lepak kat situ sambil pegang handphone. Saje nak tengok gelagat ular ni then amik gambar macam krew national geography tu hehe..


Kelihatan ular tu menyusur perlahan dari daun ke daun, then menuju ke ranting pokok pucuk lemak (atau kat kampung orang panggil pokok asin-asin). Memang layak ahaiwan ni di gelar ular daun sebab `beliau` memang gemar menggunakan daun2 pokok untuk bergerak.


Ekor ular ni nampak kuat khususnya bahagian hujung sebab boleh memaut pada ranting pokok. Kepala ular ni jauh di depan tapi ekornya boleh menampung berat badannya.


Ular daun ni agak panjang saiznya, rasanya hampir sedepa. Hang Kebun dapat amik gambar jarak dekat. Agak gerun dan mendebarkan gak kalo tengok.


Ular daun ni nampak jer cool tapi sebenarnya menggigit. Mungkin die rasa terancam bila Hang Kebun asyik dok tengok gerak geri dan amik gambar die. Akhirnya ular ini memberi tindak balas drastik. Hang Kebun cuba menenangkan 'beliau` tapi tak berjaya malah makin menjadi-jadi pulak. Oleh kerana ular ni melawan dan menggigit, ianya boleh dianggap merbahaya dan memudaratkan. Oleh itu Hang Kebun terpaksa bunuh beliau.


Rupanya warna ular daun ni tak semuanya hijau. Bawah badannya kaler putih. Nampak gemuk, tak tau la ular ni kenyang makan apa. Yang pasti tamatlah riwayatnya di MyKebun.



NOTA : Haiwan yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri atau orang lain boleh dibunuh : )


Tuesday, April 23, 2013

MyKebun NatGeo - Flying Insects

Entri kali ni Hang Kebun ingin meng`interframe`kan beberapa jenis serangga bersayap yang menginap di MyKebun. Serangga-serangga ni tak mendatangkan mudarat pada manusia dan tumbuh2an, ia sekadar penyeri semulajadi kawasan kebun dan tanaman bunga.

Contoh serangga yang dapat dirakam gambar ialah pepatung, rama-rama dan kumbang. Yang lain tu tak sempat nak amik, diorang cabut lari. Belum sempat nak pegi dekat, binatang tu dah terbang, mungkin jenis low profile dan tak suka bidang fotografi hehehe..


Terdapat banyak jenis spesis pepatung yang mendiami kawasan MyKebun. Macam2 warna ada, tapi yang poyo nak bergambar hanya dua ekor jer - warna purple dan kuning. Pepatung lain jual mahal.
 

Rama-rama pun same gak perangai. Pantang pegi duduk dekat2, belum ape2 dah terbang, macam bagus jer. Ingat cantik sangat le tu, tapi memang cantik pun. So, tinggalah rama2 yan tak berapa nak cantik, bolehlah daripada tak ade.
  

Yang lagi sekor serangga ni Hang Kebun tak tau apa nama die. Ada sayap, berkaki empat, kaler oren dan suka lepak atas daun (macam teka teki pulak). Senang cerita panggil binatang ni kumbang je lah. Haiwan ni takkan terbang terus jika didekati, tapi akan menyembunyikan diri dibawah/dibalik daun. Gambar die kat bawah ni.



Nota : Kebanyakkan serangga berbau `tengik` dan agak busuk kalau disentuh/pegang. Jadi, tak payah nak ganggu haiwan ni. Biarlah dia hidup dengan dunianya.



Saturday, April 6, 2013

MyKebun NatGeo - Sesumpah

Kalau ada yang tak kenal dengan haiwan yang bernama sesumpah atau sumpah-sumpah, bolah la datang tengok kat MyKebun. Memang banyak binatang ni, satu hari 4,5 kali boleh jumpa, tak payah susah-susah nak buat temujanji : ) 


Ada sesetengah tempat sesumpah ni dipanggil sebagai `pokko` atau `pokke`. Binatang ni tak merbahaya cuma kekadang boleh membuatkan orang terkezut beruk sebab tetiba jer dia muncul. Dah tu suka memanjat pokok dan loncat sana sini, risau takut die singgah atas kepala jer.


Biasanya sesumpah ni takut dengan manusia dan akan melarikan diri bila diganggu. Haiwan ni juga tidak merosakkan tanaman sebab die makan serangga-serangga kecil yang lain.



Kalau kat MyKebun, sesumpah atau `pokko` ni selalu menyantaikan dirinya di atas pokok kari dan pokok kacang botor. Kekadang sekor tapi selalunya berkumpulan dalam 2,3 ekor, mungkin anak dan sedara die kot.


Yang agak menariknya pasal binatang ni sebab warna badan die boleh tukar-tukar kaler. Kejap jumpa warna hijau, kejap warna koko, pastu jingga, then jadi warna merah. Mungin sebab tu kita tak perasan binatang ni ada berdekatan cause warna badannya sama ngan pokok/daun/kayu. Indah sungguh ciptaan tuhan.



NOTA : Binatang yang tak merbahaya jangan dibunuh, biarkannya terus hidup bagi mengekalkan sistem rantaian dan ekosistem alam : )