Saturday, September 4, 2010

Racun Rumput

Pada tanggal 1 Ramadhan (11 September 2010), aku berpindah ke rumah sewa baru. O.K gak la umah sewa tu. End lot. Ada tanah skit tapi semak samun ngn lalang dan ntah ape lg pokok. Ingat bila bersihkan semak tue nanti boleh la nak berkebun, tanam sayur apa-apa. Sebelum ni dok kondo (umah flat) xder tanah. Nak tanam dlm pasu, pasu plak xder, kalo ade pun, xtau nak korek tanah kat mn. So masa lapang terpakse la tanam anggur.

Bila tengok tanah yg sekangkang kera kat umah baru ni, dalam kepala otak aku nak taman sayur. Kalo bleh sayur yg jenis x melilit. Senang nak jaga. Kalo yg jenis melilit ni leceh skit, nak kena cari kayu buat pepara untuk pokok tu memanjat. Duduk umah taman mane nak carik kayu, takkan nak cantas pokok bunga jiran sebelah kot.Kan nanti x pasal2 kena pindah lagi sekali. Kalo kat kampung lain la boleh gi masuk hutan tebang ranting2 kayu.

Selepas kemas umah (gitu2 jer) dlm 2,3 hari, aku pun mulakan langkah pertama  nak berkebun. Tapi terbantut bila tengok pokok2 lalang ngn semak2 yg ada tue. Jenuh kalo nak menebas sendiri pakai tangan, bulan puase plak tue.
One day tue ada mamat bangla lalu kat area taman tu bawa mesin rumput, apalagi terus upah dia mesin lalang ngn semak kat tepi umah. Bayaran RM30 hengget dikenakan, siap sapu ngan kumpul lalang2 tu dalam beg plastik sampah. Kira O.K la tue, janji settle. X yah pikir pasal nak berbuka disiang hari andai menebas dgn keringat sendiri : )

Pejam celik, siang malam rupanya dah hampir 2 minggu. Busy ngan keja sampai lupa seketika bab2 nak berkebun. Rupa2nya cepat btul pokok2 yang tidak diundang ni naik. Tak sungguh tak kata, tak tumbuh tak melata.  Abis lalang, turn pokok rumput plak.
Sebelum rumput2 ini bermaharajalela, ia perlu dihapuskan. Lantas aku pun membeli racun rumput Spark (sebotol RM15). Weekend tu aku pun melakukan aktiviti meracun. Guna penyembur saiz kecik yg macam febreeze tu (ada jual kat kedai RM2). Lenguh tangan siot nak abiskan keseluruhan kawasan tue. Dari tepi umah hingga kat tepi pagar, dari gate depan hingga blkg umah. Tapi yg bestnya 2, 3 hari lepas tu ada hasilnya. Rumput2 tu dh mula kering.
 
Bila dah genap seminggu lepas meracun. Kebanyakkan rumput mati dan kering. lega rasanya.
Bila rumput tue dah kering, aku pun sapu, kumpul2 dan bakar. Sekali cucuh api ja terus semua rumput kering tu kena jilat api. Bulan puase ni panas, matahari terik, senang nak buat aktiviti pembakaran terbuka ni : )
Yang syoknya bila tengok kawasan tu bersih. Dari adanya pokok lalang, tumbuhnya rumput. sekarang ni boleh nampak tanah. Ni baru best nak berkebun. Sebulan gak la nak jadi macam nie.

IKLAN : Gunakan racun rumput/rumpai jenama Spark. Murah dan berkesan. Sesuai utk semua peringkat umur rumput.Sekali cuba anda pasti akan menggunakannya sampai bila2.


4 comments:

  1. Mana nak dapat racun spark ni?

    ReplyDelete
  2. sila jwb ye..di mana nak dpt racun ni.sms aku 0137976036

    ReplyDelete
  3. sorry for the late reply..
    racun spark ni bleh di beli kt mana2 kedai hardware..harganyer rm15, tp ade kdai yg juai rm17.

    ReplyDelete
  4. jenuhnya spray... mmg super rajin la...

    ReplyDelete