Sunday, September 5, 2010

Serangan Siput Babi

Bila batas dah siap, hanya tunggu masa sesuai utk ubah anak pokok semaian. Sekali-sekali aku curi2 tengok anak semaian tue. One day tu aku terkezut beruk gak, tetiba plak ada makhluk perosak. Ntah dari mana datangnya. Macan tahu2 plak kat situ ada anak2 pokok. Pokok semaianku diserang siput babi. Siap masuk dalam polybeg lagi. Banyak plak tu.
Siput babi menyerang anak pokok

Pokok terung pun kena jugak

Bila tengok kejadian yg terjadi ini. Risau gak aku kalo siput babi ni makin menjadi-jadi. Lantas aku pun berkata `ini x bleh jadi ni`. Hari tu gak aku gi cari racun siput babi. Pegi kedai tanya amoi pasal siput babi, pastu dia syorkan sejenis racun jenis bijirin. Racun siput babi tu biji2 berwarna pink. Aku pun beli, murah ja (RM2). Pastu aku taburkan disekeliling polybeg area tapak semaian tue.

Racun siput yg ditabur

Esoknya, pas balik keja lagi sekali aku terkezut beruk melihat kejadian yg berlaku kat tapak semaian tue. Aku pun bergegas ke tempat kejadian utk melihat dengan lebih dekat. Memang berkesan la racun tu, semalaman ja terus menjadi. Siput2 babi yg datang menyerang tu mati berselerak (gambar).

Siput babi mati (dalam bulatan)

Rupa2nya bukan kat tapak semaian tu jer siput babi tu ada. Merata-rata tempat ada siput babi mati. Sungguh tak ku sangka kebun aku menjadi tempat pembiakan siput babi. Kat celah2 pokok bunga ada, celah2 batu dan tepi pagar umah. Aku tahu pun sebab bau busuk siput babi ni mati.

Siput babi mati bersama kawan2nya

Siput babi mati bersama anak2nya

Siput babi mati bersama keluarga

Nasib baik aku tahu awal pasal siput babi nie. Kalau tak buat penat ja aku tanam pokok. Last2 nanti jadi makanan dia. Macam jadi penternak siput babi pulak. Oleh kerana tak ada keja sangat petang tue, aku pun melapangkan masa mengumpul siput2 babi yg mati tue. Sambil2 nak tunggu waktu berbuka tu, aku pun jalan2 la kat keliling kebun cari siput babi nak buat collection. Mula2 aku kira gak sekor demi sekor. Last2 tak terkira pulak aku banyaknya siput babi yg aku jumpa (gambar). Lagi sekali terkezut beruk !

Siput babi yang dijumpai

Banyak betul hasil ternakan aku. Ini kalo boleh makan buat sup, dua hari pun tak habis. Satu keturunan aku rasa ni. ada yg besar, sederhana dan yg kecik. Dah bercucu cicit dah kebun aku tue. Kat mana sarang dia ntah. Kalo yg kecik2 tu takpe sgt, sbb dia makan daun sayur pn tak banyak sgt. yg hanginnya kalo yg besar2 tue. abis satu pokok dia makan, itu pun belum tentu cukup, maunya satu kebun kena tibai.

 Siput babi besar

Geli-geleman plak bila tengok siput babi yg banyak nie. Lastly aku buang kat longgok sampah. Mana tau nanti bila bakar boleh jadi baja plak. boleh dibuat sebagai baja organik utk pokok2 sayur. Itu kira sebagai balasan kepada makhluk2 perosak yg makan pokok sayur tanpa minta izin : )


IKLAN : Racun siput babi yang berkesan. Gunakan tanpa was-was dimana jua, bila2 masa. Anda pasti kagum dan berpuas hati : )
Racun Siput Babi

3 comments:

  1. nak beli racun ni kt kedai mana?

    ReplyDelete
  2. racun ni bleh di beli kt kdai hardware/kedai brg2 kebun/kedai racun. harganya rm2.50...tp ada kdai yg jual ngn harga rm3.50.

    ReplyDelete
  3. excellent info... tq for sharing...

    ReplyDelete