Tuesday, January 17, 2012

Daun Bawang

Pokok Bawang MyKebun
Pokok bawang di MyKebun

Daun bawang merupakan sejenis tumbuhan herba dari Genus Allium. Daun bawang berbentuk silinder dan kosong didalamnya seperti tiub atau paip, bersifat semu beralur dan tidak bercabang. Panjang daun ini boleh mencapai 30cm. Bahagian atas daun bawang kelihatan runcing serta tidak pejal kerana tumbuhan ini tidak mempunyai bahagian akar yang tumbuh dengan menyeluruh. Daun bawang digunakan dalam masakan mahupun sebagai hiasan tambahan (hidangan). Contohnya sebagai rencah sup, murtabak, bihun goreng dan lain-lain. Bagi orang jawa, daun bawang ini juga digelar sebagai bawang bakung.

MyKebun onion


Cara Menanam
Umum mengetahui daun bawang diperoleh dari pokok bawang, biasanya bawang merah (kecil) dan bawang besar.  Bawang mudah didapati di kedai-kedai runcit, pasar  borong mahupun pasar raya. Tanamkan bawang itu ke dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa lembab dengan dijirus air. Jangan jirus terlalu kerap kerana kalau tanahnya terlalu berair, bawang tersebut akan reput dan busuk.

Anak pokok bawang yang baru bercambah


Menuai Hasil
Daun bawang boleh dituai dalam masa 2 minggu. Untuk mengambilnya, kita hanya perlu memotong daun sahaja (pangkal). Tidak perlu mencabut keseluruhan pokok tersebut. Daun bawang akan tumbuh semula jika dipotong. Dengan itu kita boleh munggunakannya dengan berulang kali, pada masa yang sama ubi bawang akan bercambah didalam tanah tersebut.


Daun bawang segar dari Mykebun



Khasiat Daun Bawang
Bagaimana dengan manfaat daun bawang? Ternyata daun bawang juga memiliki banyak manfaat. Tanaman yang ditanam di Cina sejak 5000 tahun yang lalu ini memiliki kombinasi antara bawang dan sayuran. Daun bawang merupakan sumber vitamin A, K dan vitamin C. Daun dan umbi bawang mengandung saponin, tanin serta daunnya juga mengandung minyak atsiri. Berkhasiat untuk diuretic, diaforetik dan antiradang.

Daun bawang dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan membantu dalam pencernaan tubuh. Bagi mereka yang mengalami gejala flu (selesema), daun bawang boleh membantu menyembuhkan selain memperlancarkan sirkulasi darah.


Daun bawang yang sedia untuk dipotong


Antara khasiat daun bawang ialah;
Perut kembung
Ambil lebih kurang 15 gram daun bawang segar, kemudian potong supaya menjadi lebih halus/pendek. Rebus dengan 2 gelas air selama 15 minit hingga kandungan air rebusan menjadi 1 gelas. Sejukan sebelum diminum.


Sesak nafas /flu/selesema
Masukkan helaian daun-daun bawang mentah (sekadar perlu) kedalam sebuah bekas, kemudian tuangkan air panas kedalamnya. Wap yang terhasil itu disedut/dihidu. Ulangi hingga hidung terasa lega. Pastikan bekas yang digunakan tahan panas bagi mengelakkannya dari pecah.

Bengkak dan bisul
Ambil beberapa helai bawang daun, campur dengan sedikit air dan ramas sampai ianya menjadi lembut. Kemudian tampalkan pada bisul atau bahagian tubuh yang bengkak.


Gigitan serangga
Potong daun bawang, gunakan sebagai ubat luar yang ditempelkan pada bahagian tubuh yang disengat lebah, gigitan serangga atau gatal-gatal/berbintik-bintik merah.

Batuk
Buat jus dari 4 helai daun bawang yang berukuran besar ditambah 1 liter air panas. Sejukan lalu diminum.



Pokok bawang selepas dipotong

Tunggul bawang akan tumbuh semula selepas satu hari

Daun bawang tumbuh semula selepas dua hari

Daun bawang yang siap dipotong

Daun bawang berbentuk kelongsong/tiub

Daun bawang yang siap dicincang halus

Daun bawang + sup


P/S : Daun bawang sesuai untuk ditambah dalam masakan seperti sup dan bihun goreng


1 comment: