Sunday, January 15, 2012

Mahkota Dewa

Pokok Mahkota Dewa di Mykebun.

Mahkota Dewa MyKebun


Hang Kebun telah menyemai benih pokok mahkota dewa lebih kurang 4 bulan yang lalu. Kini anak pokok tersebut sudah pun membesar. Umum mengetahui pokok mahkota dewa merupakan tanaman herba yang semakin mendapat tempat dipasaran hari ini dan terkenal dengan khasiatnya. Mahkota dewa banyak digunakan dalam campuran kopi, ubat-ubatan dan suplement tambahan. Kali ini Hang Kebun ingin mengajak pembaca mengenali pokok Mahkota dewa serta khasiatnya.

Anak pokok mahkota dewa


Pohon Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa) dikenal sebagai salah satu tanaman ubat di Asia. Tumbuhan ini berasal dari Papua/Irian Jaya. Ia juga dikenali dengan nama simalakama (Melayu/Sumatera), Makuto Dewo (Jawa). Tanaman atau pohon mahkota dewa seringkali ditanam sebagai tanaman peneduh. Ukurannya tidak terlalu besar dengan tinggi mencapai 3 meter, mempunyai buah yang berwarna merah menyala yang tumbuh dari batang utama hingga ke ranting.


Khasiat Mahkota Dewa

Tanaman ini terkenal berkhasiat dalam mencegah dan membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi, ginjal, jantung, pelbagai penyakit kulit, rheumatik, insomnia, Meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap influenza.(selsema). Buahnya boleh menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun.

Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.



Daun/pucuk mahkota dewa

Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).

Saponin, menjadi sumber anti-bakteria dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah serta mengurangi penggumpalan darah.



Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah, mengurangkan kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungkan anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu serta mencegah rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.



 Kaedah Menggunakan Mahkota Dewa

Mykebun mahkota dewa

Teknik Rebusan
Rebus 20 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan tiga gelas air sampai mendidih, Kemudian tunggu sejuk, supaya semua ekstrat yang terkandung di dalam hirisan buah yang telah direbus keluar. Warna air rebusan seeloknya akan berwarna merah . Jika berwarna agak kekuningan atau lebih pucat, itu menunjukkan kandungan air adalah berlebihan, tetapi ia masih boleh diguna.

Manakala untuk rebusan daun pula, rebus 3 helai daun dengan segelas air sampai mendidih, tunggu sejuk supaya warna klorofil daun melarut ke dalam air.


Teknik Rendam

Rendam 10 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan segelas air panas. Tunggu hingga sejuk, baru minum. Sisa buah rendaman boleh ditambah dengan air panas untuk rendaman seterusnya sehingga habis sari patinya.

Waktu Minum
Waktu yang paling disyorkan untuk meminum air rebusan mahkota dewa adalah sebelah malam sebelum makan.

Kekerapan Meminum
Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.

Penyimpanan
Air rebusan boleh ditapis untuk disimpan sejuk di dalam peti ais untuk kegunaan seterusnya.



Pandangan atas anak pokok mahkota dewa mykebun



Penggunaan Mahkota Dewa Secara Khusus


A) Diabetes Mellitus

Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:
1. Ambil 5-6 buah mahkota dewa, hiris dan cuci hingga bersih.
2. Rebus bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air menjadi 3 gelas
3. Tapis air rebusan, minum 3 kali sehari (masing-masing 1 gelas)



B) Kanser dan Tumor
 Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:
1. Campur 5 gram isi buah mahkota dewa kering dengan 15 gram temu putih,
10 gram sambiloto (hempedu bumi) kering dan 15 gram cakar ayam kering, cuci bersih semua bahan.
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air menjadi 3 gelas.
3. Tapis air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. P/S : Ramuan diminum 1 jam sebelum makan.




C) Hepatitis
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:
1. Campur 5 gram daging buah mahkota dewa kering dengan 15 gram pegaga, 10 gram sambiloto (hempedu bumi) kering dan 15 gram daun dewa, cuci bersih semua bahan.
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air menjadi 3 gelas.
3. Saring air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas.



D) Rheumatik dan gout
Pengubatan: Minum air rebusan

Cara membuat:
1. Campur 5 gram daging buah mahkota dewa dengan 15 gram akar sidaguri, 10 gram sambiloto (hempedu bumi) kering, cuci bersih semua bahan.
2. Rebus semua bahan dalam 5 gelas air, biarkan rebusan hingga air menjadi 3 gelas
3. Tapis air rebusan, tunggu sampai dingin dan minum 3 kali sehari masing-masing 1 gelas. P/S : Ramuan diminum 1 jam sebelum makan

  


Tindakan Yang Perlu Diambil Jika keadaan Luar Biasa

1. Minum lebih air kosong bagi tujuan untuk mencair air rebusan mahkota dewa yang telah diminum.
2. Minum susu segar
3. Minum secara sedikit demi sedikit jika proses ingin berubat mahu diteruskan juga.
4. Berhenti minum air rebusan mahkota dewa kalo rasa tak leh tahan.


Peringatan

1. Wanita mengandung ditegah daripada meminum air rebusan mahkota dewa.
2. Wanita yang menjalani rawatan barah pangkal rahim juga tidak direkomen untuk minum air rebusan kerana kesan sampingan pendarahan selain tindakbalas haba yang memanaskan badan agak berlebihan.
3. Wanita dalam pantang dan haid, kerana sifat mahkota dewa mencairkan darah boleh melambatkan kering darah.
4. Mereka yang ada masalah skurvey, gusi akan ada berlaku pendarahan.


 Kesan Sampingan

Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau daun mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung pada kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil.




Pokok Mahkota Dewa Di Kampung Hang Kebun

Terdapat lebih dari 10 pohon pokok mahkota dewa yang ditanam dikampung Hang Kebun dan kebanyakkannya telah pun berbuah. Pokok-pokok ini telah pun berusia hampir 3 tahun.


Bunga pokok Mahkota Dewa

Buah Mahkota Dewa

Pokok Mahkota Dewa

Bunga dan buah

Gugusan buah yang masih putik

 Buah yang hampir masak

Buah yang masak sepenuhnya

Pokok-pokok Mahkota dewa yang ditanam kat kampung Hang Kebun dijadikan sebagai herba atau ubat tradisional. Ada yang dikeringkan dan ditumbuk untuk diminum dengan air sebagai supplement tambahan. Pokok kat MyKebun masih kecil lagi, mungkin ambil masa sikit untuk mengutip hasilnya. Benihnya pun Hang Kebun ambil dari kampung.



9 comments:

  1. Asalamualaikum hang kebun...nak tanya kalau jual buah yang sudah di proses ( Kering ) biasanya berapa hrga untuk kuantiti tertentu? mohon jawab soalan hamba.. hamba pun pengusaha buah mahkota dewa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat saya hirisan kering mahkota dewa dijual dengan harga RM5 1 bungkus kecil.

      Delete
  2. buah mcm buah melaka wahai hang kebun & hang cangkul... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Hang Kebun, buah mahkota dewa dihiris dengan bijinya sekali ke? atau dagingnya saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya org kupas kulit saja...bjji boleh tanam balik..
      X penah plak dgr org mkn biji mahkota dewa, apatah lg daun, ranting dan akar pokoknya huhu : )

      Delete
  4. Salam hang kebun ..... berminat nak beli anak pokok ...sayapun kat melaka gak .. kat mane saya boleh beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori lmbat reply : )
      anak pokok ape yg dicarik2 tu ?
      Boleh gi carik kat pasar borong batu berendam stiap ari sabtu dan ahad...
      macam2 anak pokok ade kt ctu..
      anak kucing pn byk kalo berminat : )

      Delete
  5. Terima kasih! maklumat ini sangat berguna.

    ReplyDelete
  6. Salam semua. Saya dah pernah proses buah mahkota dewa ni utk kegunaan sendiri. Saya racik@potong nipis2 skali ngan biji dia peh tu saya buangkan biji yg terpotong bersama isinya dan saya basuh. Setelah itu saya keringkan dgn menjemur potongan isinya beberapa hari sehingga kering betul. Saya rendam 5 keping hirisan dengan setengah cawan air panas. Minum sekali sehari sebelum makan mlm. Buat hari2 baru rasa kesannya. InsyaAllah ada kebaikan kpd kita. Selamat mencuba....

    ReplyDelete