Wednesday, January 18, 2012

Pokok Lidah Jin

Lidah Jin MyKebun

Pokok Lidah Jin di MyKebun


Terdapat 2 jenis pokok lidah jin yang Hang Kebun tanam iaitu jenis berbelang kuning dan jenis yang tak berbelang. Nama spesis taktau sebab Hang Kebun bukan pakar dalam bidang herba mahupun agrotek. Disini Hang Kebun nak bagitau serba sikit tentang pokok lidah jin. 


Lidah Jin jenis berbelang kuning


Pokok lidah jin atau sansevieria merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae. Tumbuhan ini mempunyai pohon yang kecil berair dengan warna kehijau-hijauan. Daunnya boleh menjangkau ketinggian dari 20 cm hingga 3 meter.


Lidah Jin jenis tidak berbelang


Lidah jin biasanya tumbuh  secara lilitan (rosette) di sekeliling titik tumbuh-besar, walaupun sesetengah spesies yang sama tidak semestinya berkeadaan sama. Terdapat perbezaan  yang besar dalam bentuk dedaunan dari  genus Lidah. Semua spesies Lidah boleh dibahagikan kepada salah satu daripada dua kategori asas berdasarkan pada daunnya : spesis daun keras dan spesis daun lembut. Biasanya, spesis daun keras berasal dari iklim panas kering, manakala spesis daun lembut  berasal daripada kawasan tropika dan subtropika. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan berwarna hijau berjalur kuning di tepinya serta keras. Ia tidak mempunyai batang. Terdapat juga yang jenis berbunga/buah dan bunganya berwarna kelabu keputih-putihan. Buahnya merupakan beri yang berwarna merah atau jingga.

Kononnya dikatakan nama sansevieria diberikan sempena nama tuan putera San Severo, Raimondo di Sangro (1710-1771) di Italy. Kemudian ejaan nama San Severo menjadi  'Sansveria' dan 'Sansviera' akibat kekeliruan. 


 Anak pokok lidah jin yang baru ditanam
 

Di Negara Afrika, daun lidah jin digunakan untuk menghasilkan serat. Dalam sesetengah spesies, Contohnya, Sansevieria ehrenbergii, sap tumbuhan mengandungi kualiti antiseptik dan daunnya digunakan sebagai kain pembalut dalam pertolongan cemas traditional.

Tumbuhan ini merupakan tumbuhan berwarna hijau berjalur kuning di tepinya serta keras. Ia tidak mempunyai batang. Ia boleh tumbuh setinggi 4 kaki dan lebar 2.75 inci. Bunganya pula bewarna putih kehijauan. Lidah jin bersifat sejuk, berkhasiat antibiotic, dan rasanya masam.
Daunnya mengandungi abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol. Zat-zat ini adalah penawar bagi flu, batuk, radang saluran nafas (bronchitis), bengkak akibat terseliuh, gigitan haiwan berbisa, bisul dan pentubur rambut. Kegunaan perubatan pada spesies lidah jin ini termasuk rawatan untuk sakit perut, sakit telinga, cirit birit dan buasir (hemorrhoids). 



Seperti  pokok Golden Pothos (epipremnum aureum) dan pokok jagung, spesies lidah jin dipercayai bertindak sebagai pembersih udara yang baik dengan membuang toksik seperti formaldehid, xilen dan toluena dari udara, dengan itu mendapat gelaran sebagai penawar sindrom bangunan sakit. Ada laporan mencadangkan bahawa Lidah menghasilkan oksigen pada waktu malam, menjadikan ia sesuai sebagai tanaman dalam bilik tidur.




Kerana daunnya membesar menegak, lidah jin dianggap baik sebagai tujuan Feng Shui. Ada yang mempercayai bahawa meletak pokok Lidah berhampiran kanak-kanak (seperti di dalam bilik belajar) membantu mengurangkan gangguan makhluk halus, sementara ada yang mencadangkan meletak pasu pokok Lidah berhampiran tangki tandas agar menahan getaran parit  (drain-down vibrations).

1 comment:

  1. Assalam,
    Nak kongsi ilmu, kawan bangsa Cina saya beritau orang Cina dahulu minum rebusan air lidah jin dicampur dengan kurma untuk menghilangkan sakit-sakit badan setelah kuat bekerja. Kurma tu dicampur untuk menyedapkan rasa minuman tersebut. Insha Allah berkesan

    dinkreatif

    ReplyDelete