Saturday, September 1, 2012

MyKebun - Kacang Botor/Kelisa Siri 3

Foto-foto pokok kacang botor/kelisa yang berusia lebih kurang 4 bulan.

  
Pepara/kayu yang dipenuhi pokok kacang botor/kelisa

Barisan pokok2 kacang botor/kelisa

 Daun-daun muda

 Pucuk-pucuk pokok kacang botor

 Rimbunan daun dipenjuru pepara

Pucuk2 yang tak tentu arah (xde tempat nak berpaut)

Pucuk pokok kacang yang menjulang ke langit

 Lebihan pucuk/daun (bikin semak)

 Pandangan dari atas pepara

Pandangan keseluruhan bahagian atas pepara


Nota : Kalau tengok dari pandangan atas, Fuh ! agak menyeramkan, macam semak samun. Silap2 ular pun boleh bersarang kat atas tu. Sekali tengok macam taman tergantung, sebab bawah kosong atas penuh daun, boleh dijadikan bumbung/tempah berteduh dikala hujan turun.

 
 Taman Tergantung


Foto-foto bahagian bawah pepara

Jika diperhatikan, suasana bahagian bawah pepara tidak seindah/sehijau seperti bahagian atas pepara. Hanya tiang-tiang kayu dan batang pokok sahaja yang kelihatan. Untuk info, terdapat 40 batang tiang kayu yang menyokong pokok2 kacang gelisa ini, dan setiap tiang ditanam dengan dua pohon pokok.

 Tiang-tiang penyokong pokok kacang botor/kelisa

Tiang-tiang kayu ini dipacak kuat dan teguh. Lagipun tiangnya bersaiz besar (+/-3 inci @ 7 cm) Hang Kebun dah uji dan pernah panjat/duduk atas pepara tu. Macam bangla buat bangunan, panjat sana sini. Boleh buat beranda.
 
 Tiang-tiang kayu berdiameter +/- 3 inci

Lilitan pokok menuju ke atas pepara 

Sebahagian pandangan bawah pepara


Nota : Walaupun nampak pokok2 kacang ni besar/matang, sebenarnya ia belum lagi mengeluarkan hasil/berbuah sebab belum cukup umur. Mungkin dalam tempoh sebulan lagi kot. Hang Kebun akan updates once pokok2 ni keluarkan hasil nanti.


 
 
 
 


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nak tanye sikit Hang Kebun, agak2 berapa lama nak semai biji benih kacang botor ni? Saya dh semai seminngu tak kluar2 tunas pun

    ReplyDelete