Monday, January 28, 2013

MyKebun Flower - Bunga Raya

Bunga raya atau bunga kebangsaan banyak ditanam di MyKebun. Pelbagai jenis warna dan spesis atau macam-macam ada ! Pokok bunga raya boleh dikatakan tumbuhan yang mudah ditanam dan dijaga. Paling best lagi kalau tanam terus atas tanah, berbeza jika ditanam dalam pasu. Atas tanah pokoknya lebih besar dan bercambah. Pokok bunga raya juga dikenali sebagai bunga sepatu atau kembang sepatu. Nama bunga sepatu diberikan mungkin kerana dahulunya bunga ini dijadikan sebagai pengilat kasut sebelum adanya `kiwi` (cerita orang tua-tua). Nama saintifik pokok bunga raya adalah Hibiscus rosasinensis.

Disini Hang Kebung postkan foto-foto warna dan jenis bunga raya yang terdapat di MyKebun;


Bunga Raya Merah









Bunga Raya Putih










Bunga Raya Pink









Bunga Raya Oren





NOTA : Jangan tanam pokok bunga raya (bunga yang cantik) terlalu rapat dengan pagar rumah atau tepi jalan, nanti ada tangan-tangan ajaib yang akan memetik bunga tersebut. Susah nak menjangkakan tindak tanduk orang yang lalu lalang tetiba jer bunga hilang.


No comments:

Post a Comment